Aku di daerah asing dimana aku tidak mengenali sesiapa tetapi mereka semua mengenali aku. Mengetahui setiap satu adanya. Melihat terus ke dasar hati aku, apa yang aku mahu, apa yang aku buat. Mendengar tiap kata hati kecil aku yang penuh dendam dan nafsu semata. Menembusi hijab yang aku lampirkan dan mengenali diri aku yang sebenar.
Aku melihat biasan wajah sendiri.
Tiba-tiba dia berkata, " Biar rupa buruk, jangan hati busuk".. terus bersepai hati aku yang busuk ni. Aku terdiam tapi dia tersenyum.. senyuman penuh makna.
Mungkin selain nak cakap hati aku busuk, dia juga nak cakap muka aku buruk. Tapi sayangnya, dia berlalu dan tinggalkan aku sendirian. Di daerah asing yang hanya menyakitkan hati.
Maka, setiap kali aku melihat biasan wajah sendiri.. kata-katanya terngiang.
Jangan hati busuk.
No comments:
Post a Comment