Kadang, aku tak tahu nak buat apa dengan hidup.
Dulu, aku nak habiskan belajar secepat mungkin.
Dulu, aku tak sabar hendak tinggalkan semua di kampung.
Dulu, aku benci keluarga aku.
Dulu, aku tak sabar nak kahwin.
Dulu, aku tak sabar hendak menjadi surirumah, hidup di kampung, menghadap suami yang aku cinta.
Dulu, aku ingat orang bersama kerana betul cinta.
Dulu, aku salahkan mak ayah kerana lahirkan aku.
Dulu, aku rasa Hazmi sepuluh kali ganda gila dari aku.
Tapi sekarang..
Semua yang aku nak sudah berubah.
Semua yang aku cinta sudah berganti.
Semua yang aku impikan.. hancur lenyap.
Tapi kali ini..
Aku tidak salahkan Tuhan
Aku tidak salahkan mak ayah
Aku tidak salahkan sesiapa
Dan
Aku tak mampu untuk salahkan diri aku.
No comments:
Post a Comment