Bismillahirahmanirrahim.
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
Assalamualaikum WBT .hi :)
hari ni,mari bicara tentang cinta.saya jatuh cinta kepada Rasulullah SAW setelah tertarik dengan cerita baju merah yang dipakai baginda :D saya suka lelaki handsome,Rasulullah SAW lah orangnya.saya suka lelaki cool,Rasulullah SAW jugak yang cool,saya suka lelaki macho..dan DIA yang memakai baju merah itu sangat macho ^^
saya membaca satu buku yang membuatkan saya ingin jatuh cinta berkali-kali dan harapnya,hari ini bukan yang terakhir.Sebagai manusia,saya punyai kelemahan.sekali jatuh cinta dan insaf,tapi kalau tak dijaga..cinta itu akan hilang.lenyap dimamah waktu.
saya petik kata-kata dari buku hasil nukilan ,ustaz sharhan safie,mohammad uzair.
"Rasulullah SAW menghulur cinta bukan untuk dibalas tapi untuk diteladani.Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga"
Apa yang menyentuh hati saya hari ini?cuma satu petikan .yang buat saya jatuh hati,limpa,jantung,paru-paru dan segalanya..hanya untuk Dia.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, "Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku"
Mendengar sabda ini mungkin membuatkan kita sebagai umat yang datang kemudian hari berasa sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabda itu.Tetapi alangkah terhiburnya hati apabila mendengar Rasulullah SAW menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat,
"Bertuahlah,Bertuahlah dan bertuahlah,sesiapa yang tidak melihatku dan beriman kepadaku"
ayuh.sama-sama imarahkan hari dengan cinta pada rasul dan Allah.
sama-sama jatuh cinta dengan Allah dan rasul.
sama-sama berusaha untuk kembali ke landasan yang betul.
InsyaAllah akan diberkati Allah SWT.
yang menulis tidaklah sempurna kerana tidak terlepas dari hambatan nafsu dunia,
yang membaca tidaklah kekurangan kerana tiap seseorang punya kelemahan.
apa yang penting,
"Islam bukanlah tentang aku lebih baik daripada kamu tetapi Islam adalah tentang biar aku tunjukkan apa yang lebih baik untuk kamu"
May Allah bless us .Amin ya Rabb alamin .
No comments:
Post a Comment